Berita Berita
Kejut tidur tak bangun, bayi 5 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh

ISKANDAR PUTERI 10 April - Seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Kangkar Pulai, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa yang berusia 31 tahun pada Rabu.
“Siasatan awal mendapati bayi lelaki tersebut tidak sedarkan diri selepas dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh, seorang wanita tempatan berumur 34 tahun.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
"Hasil bedah siasat ke atas bayi tersebut juga tidak menemukan sebarang kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa, namun punca kematian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm