Berita Berita
'Pak Guard' didenda RM3,000 pukul lelaki malam raya hingga cedera di Taman Sri Keramat

AMPANG, 10 April – Seorang pengawal keselamatan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki dalam satu kejadian pada malam sambutan Aidilfitri lalu.
Majistret Amalina Basirah Md Top menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Zulfika Abdul Rahman, 33, dan memaklumkan bahawa kegagalan membayar denda akan menyebabkan tertuduh dipenjara selama sebulan. Bagaimanapun, tertuduh membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Zulfika bersama lapan lagi individu yang masih bebas didakwa sebagai ahli kumpulan yang menyalahi undang-undang, dengan niat bersama untuk mencederakan seorang lelaki berusia 38 tahun.
Kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah di Taman Sri Keramat kira-kira jam 11.30 malam pada 30 Mac lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Peguam tertuduh, Wan Nur Afifah Che Bakar merayu agar mahkamah mengenakan denda minimum memandangkan anak guamnya menanggung seorang isteri dan dua anak kecil berusia dua dan empat tahun, termasuk seorang anak autisme.
“Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan beliau telah insaf. Beliau juga bekerja sebagai pengawal keselamatan dan merupakan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga,” katanya.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani memohon agar hukuman yang lebih berat dikenakan dengan mengambil kira faktor masa kejadian.
“Perbuatan ini berlaku pada malam Aidilfitri, yang sepatutnya menjadi malam kegembiraan, namun dicemari dengan tindakan mencederakan orang lain secara sengaja. Kepentingan awam wajar diutamakan,” ujarnya.
Berdasarkan fakta kes, lebih 10 lelaki datang ke rumah mangsa dan menyerangnya dengan buku lima, kayu, serta menendang dan memijaknya.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan mata kanan, dan dirawat di Hospital Ampang.
Dalam prosiding berasingan, seorang lagi tertuduh, Muhammad Haziq Hezri, 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang sama. Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan syarat tambahan supaya tidak mendekati mangsa, dan menetapkan 16 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan seramai enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian pergaduhan yang melibatkan dua kumpulan dan kira-kira 10 individu. Penahanan dibuat di perkarangan Balai Polis Hulu Kelang pada jam 2.30 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm