Berita Berita
MCMC peruntuk RM200 juta tingkat akses internet di Institusi Pendidikan MARA

KUALA LUMPUR, 10 April – Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersetuju memperuntukkan RM200 juta bagi menambah baik kualiti capaian internet di semua Institut Pendidikan MARA (IPMA) di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, peruntukan itu merangkumi tambahan RM50 juta daripada jumlah asal RM150 juta yang telah diluluskan sebelum ini.
“MCMC telah bersetuju untuk menyediakan dana sebanyak RM150 juta bagi menyelesaikan masalah capaian internet di semua institusi pendidikan MARA. Saya juga telah meminta tambahan RM50 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM200 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amazing Syawal anjuran Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di ibu negara hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Awang; Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Canselor UPTM, Prof Madya Dr Sharifah Syahirah Sy Sheikh, serta Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
Fahmi turut menegaskan bahawa peningkatan infrastruktur internet perlu diiringi dengan kesedaran dan tanggungjawab pengguna dalam menggunakan kemudahan tersebut secara selamat.
“Saya rasa serba salah apabila kita berusaha keras menyediakan internet yang pantas dan murah, tetapi ada yang menyalahgunakannya untuk tujuan tidak bermoral seperti jenayah siber dan penyebaran fitnah.
“Saya tidak mahu capaian internet yang baik ini disalahgunakan. Saya berharap pihak MARA juga dapat bekerjasama dengan kementerian dan MCMC dalam menjayakan kempen penggunaan internet secara selamat,” katanya.
Menurut beliau, kesedaran terhadap bahaya penipuan dalam talian, buli siber serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak amat penting dalam membentuk masyarakat celik digital yang bertanggungjawab.
Sebelum ini, MCMC turut memaklumkan bahawa lebih RM600 juta diperuntukkan bagi menaik taraf capaian rangkaian WiFi di semua universiti awam di seluruh negara, dengan pelaksanaan dijangka siap sepenuhnya tahun ini.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm