TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis Thailand cekup rakyat Malaysia rompak kedai emas di Hat Yai

By
|
Kongsi
image

BANGKOK 10 April - Polis Thailand menahan seorang lelaki warga emas di daerah Nonthaburi, dekat sini, petang semalam selepas disyaki terlibat dalam kes rompakan kedai emas Hat Yai kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Siasatan Bahagian Ke-6, Kolonel Polis Anusorn Thongsai berkata suspek dipercayai rakyat Malaysia disyaki merompak sebuah kedai emas sebelum melarikan diri ke Bangkok, ditahan ketika dalam perjalanan dipercayai menuju ke rumah anaknya di Nonthaburi.

Katanya, suspek yang berusia 61 tahun itu, cuba menyamar menggunakan pelbagai identiti bagi mengelak dikesan pihak berkuasa semasa berada di Thailand.

"Siasatan awal mendapati suspek menaiki bas dari Hat Yai ke stesen bas Mochit di Bangkok sebelum cuba menaiki teksi ke rumah anaknya di Nonthaburi.

"Anggota polis berjaya menahan suspek pada kira-kira 6.30 petang waktu tempatan, bersama barang bukti berupa emas, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru hidup," katanya ketika dihubungi semalam.

Thongsai berkata suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan akan dikenakan tindakan undang-undang di Thailand.

Siasatan mendapati suspek bertindak bersendirian dengan menaiki motosikal untuk merompak sebuah kedai emas di Plaza Hat Yai sekitar 11.50 pagi Selasa.

Suspek menggunakan pistol untuk melarikan emas bernilai lebih kurang 9 juta baht (RM1.17 juta).

Berikutan kejadian itu, polis Thailand mengeluarkan waran tangkap semalam dan memperketat kawalan di semua pintu keluar sempadan bagi menghalang suspek daripada melarikan diri.

+ - reset