TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

CFO Ambank Group letak jawatan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 April - AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Shafiq Abdul Jabbar berkuatkuasa 1 Julai 2025.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AmBank Group, berkata pencarian ketua pegawai kewangan yang baharu sudah dilaksanakan dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

"Dalam tempoh itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ling Fou-Tsong @ Jamie Ling akan menyelia fungsi kewangan kumpulan," katanya.

Menurut kenyataan itu, Shafiq yang akan meneroka peluang profesional lain mulai bercuti bermula esok.

+ - reset