TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

3.5 juta penduduk Sabah dapat perlindungan insurans percuma bermula Mei ini

By
|
Kongsi
image

 

KOTA KINABALU 10 April - Kira-kira 3.5 juta penduduk tempatan Sabah bakal mendapat perlindungan insurans percuma menerusi skim ditawarkan syarikat insurans milik kerajaan Sabah.

Mengumumkan inisiatif itu, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata skim perlindungan insurans untuk kemalangan itu diluluskan Kabinet negeri pada mesyuarat semalam.

Beliau berkata, skim insurans berkelompok itu ditawarkan menerusi Progressive Insurance Bhd dan diberi kepada penduduk yang layak.

"Kira-kira 3.5 juta penduduk Sabah berusia antara satu bulan hingga 80 tahun secara automatik akan memperoleh insurans perlindungan diri secara percuma bernilai sehingga RM10,000, berserta faedah khairat kematian RM500.

"Sebagai permulaan, skim perlindungan percuma ini adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2028," katanya.

Beliau berkata, proses tuntutan insurans bagi skim itu akan dibuat dengan cekap yang mana sebarang tuntutan bayaran disalur kepada penerima dalam masa 14 hingga 30 hari selepas dokumen lengkap dikemukakan.

"Skim perlindungan insurans ini adalah satu lagi usaha kerajaan negeri menjaga kebajikan dan mengurangkan beban kewangan rakyat, khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40," katanya.

+ - reset