TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 9 April - Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang sebelum ini mengalami gangguan telah kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 4 petang tadi.

Menurut kenyataan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), makluman terkini mengenai perkembangan itu telah dikongsikan menerusi semua saluran media sosial rasmi syarikat.

"Susulan insiden kecurian kabel dan gangguan sistem isyarat yang menjejaskan perkhidmatan, ERL telah mengambil langkah segera bagi membantu pengguna serta meningkatkan tahap keselamatan di kawasan yang terjejas," menurut kenyataan tersebut.

Sebagai langkah sokongan, ERL turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma antara Stesen Salak Tinggi dan Stesen Putrajaya & Cyberjaya bagi memudahkan pergerakan penumpang sepanjang tempoh gangguan.

Selain itu, petugas tambahan telah ditempatkan di kawasan terbabit, manakala rondaan keselamatan dan pemantauan di sekitar infrastruktur kritikal turut dipertingkatkan.

"ERL bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi menyiasat insiden ini serta melaksanakan langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian berulang," jelas kenyataan itu lagi.

Syarikat juga menzahirkan komitmen terhadap keselamatan dan keselesaan pengguna serta memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul akibat situasi yang tidak dijangka ini.

"Kami sedang berusaha memulihkan sepenuhnya perkhidmatan tren dan akan terus memaklumkan sebarang perkembangan melalui saluran rasmi kami," tambah ERL. - Media Telus

+ - reset