Berita Berita
Harga RON97, diesel turun lima sen, RON95 kekal

KUALA LUMPUR 9 April - Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak lima sen seliter untuk tempoh 10 hingga 16 April ini. Harga baharu RON97 ditetapkan pada RM3.28 seliter manakala diesel pada RM2.98 seliter.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter. Sementara itu, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah, kekal pada RM2.15 seliter.
Penetapan harga mingguan ini dibuat berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM), yang mengambil kira pergerakan semasa harga pasaran minyak global.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira kestabilan harga demi kepentingan rakyat,” kata MOF.
Dalam masa sama, kerajaan juga komited untuk menilai kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara. - Media Telus
Berita berkaitan
April 18, 2025, 11:00 am
Serbuan Imigresen di Medan Imbi: 506 warga asing ditahan
April 18, 2025, 10:50 am
DBKL roboh gerai di Bandar Tun Razak
April 18, 2025, 10:32 am
12,110 kes penipuan dalam Talian direkodkan, kerugian RM573.7 juta
April 18, 2025, 10:09 am
Remaja maut rempuh SUV dipandu warga emas
April 18, 2025, 9:58 am
Tun M mungkin ambil tindakan undang-undang terhadap Puad Zarkashi
April 18, 2025, 9:34 am
Budak 3 tahun lemas di kolam renang inap desa di Teluk Kumbar
April 18, 2025, 8:26 am
HTAR sesak hingga tak cukup wad, ramai sakit selepas raya
April 17, 2025, 5:26 pm
Kelapa Malaysia tembus pasaran China - MoU dimeterai sempena lawatan Xi Jinping
April 17, 2025, 5:19 pm
Taktik gagal: Syabu RM15 Juta ditinggal dalam Triton Di LPT1
April 17, 2025, 5:11 pm