Berita Jenayah
Ibu ditahan kerana disyaki dera anak perempuan umur 11 tahun

KUALA LUMPUR 9 April - Seorang wanita berusia 33 tahun ditahan polis berhampiran Jejambat Titi Kerbau, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat Kangar semalam kerana disyaki mendera anak perempuannya yang berumur 11 tahun.
Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, tangkapan dibuat pada jam 1.30 tengah hari ketika wanita itu sedang berhari raya. Penahanan tersebut susulan laporan polis yang dibuat oleh guru besar sekolah kanak-kanak itu di Jitra pada Isnin lalu.
“Mangsa dipercayai didera oleh ibu kandungnya yang merupakan seorang mualaf. Guru besar sekolah berkenaan mula mengesyaki sesuatu selepas mangsa sering lewat hadir ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasil pemeriksaan oleh pihak perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar mendapati terdapat kesan luka pada bahagian belakang badan, leher, kaki dan tangan mangsa. Kesan tersebut dipercayai berpunca daripada gigitan serta cucukan objek tajam yang dipercayai gunting ikan.
Mangsa kini ditempatkan di wad hospital untuk rawatan lanjut, manakala suspek yang tinggal di sebuah taman perumahan di Kangar telah direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 16, 2025, 2:12 pm
Polis tahan 3 suspek kes tetak di Seremban
April 15, 2025, 3:39 pm
Remaja ditahan jual gambar lucah deepfake libatkan pelajar sekolah di Kulai
April 15, 2025, 3:07 pm
Lelaki parah ditikam parang di pusat beli-belah Seremban, disyaki ada unsur dendam
April 15, 2025, 10:03 am
Kerani rugi RM1.06 juta ditipu scam pelaburan tak wujud
April 14, 2025, 12:02 pm
Polis giat kesan saki baki suspek kes bunuh lelaki Myanmar
April 14, 2025, 10:31 am
Lelaki terlibat kes culik remaja maut ditembak polis di Klang
April 11, 2025, 11:19 am
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok miliki dadah, vape
April 9, 2025, 5:28 pm
Remaja ditahan jual gambar lucah disunting guna teknologi AI
April 9, 2025, 11:38 am