Berita Berita
Murid sering lewat ke sekolah bongkar ibu kandung gigit, cucuk dengan gunting hingga cedera

KANGAR 9 April - Seorang wanita berusia 33 tahun direman selepas disyaki mendera anak kandungnya yang berusia 11 tahun dalam satu kejadian di sini semalam.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan selepas dipercayai digigit dan dicucuk menggunakan gunting oleh ibunya sendiri.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop memaklumkan, kes penderaan itu terbongkar apabila guru besar sebuah sekolah rendah di Jitra, Kedah menyedari murid terbabit sering hadir lewat ke sekolah dan menunjukkan tingkah laku mencurigakan.
Beliau kemudian membuat laporan polis setelah mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku terhadap murid perempuan yang kini berada dalam tahun lima itu.
Pemeriksaan perubatan yang dijalankan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar mendapati terdapat beberapa kesan luka pada tubuh mangsa termasuk di belakang badan, leher, kaki dan tangan.
Luka-luka itu dipercayai berpunca daripada gigitan serta kesan cucukan objek tajam seperti gunting.
Susulan laporan tersebut, pihak polis menjalankan operasi mengesan suspek melalui Ops Jejak dan berjaya menahan wanita berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi semalam berhampiran jejambat Titi Kerbau di Lebuhraya Changlun–Kuala Perlis.
Dalam tangkapan itu, polis turut merampas sebilah gunting berhulu kuning, sebuah telefon pintar jenis iPhone 12 berwarna merah, serta sekeping kad sim jenama Tune Talk yang dipercayai digunakan oleh suspek.
Mahkamah Majistret Kangar membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama empat hari bermula semalam hingga 11 April ini bagi membantu siasatan lanjut.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 9:58 am
Tun M mungkin ambil tindakan undang-undang terhadap Puad Zarkashi
April 18, 2025, 9:34 am
Budak 3 tahun lemas di kolam renang inap desa di Teluk Kumbar
April 18, 2025, 8:26 am
HTAR sesak hingga tak cukup wad, ramai sakit selepas raya
April 17, 2025, 5:26 pm
Kelapa Malaysia tembus pasaran China - MoU dimeterai sempena lawatan Xi Jinping
April 17, 2025, 5:19 pm
Taktik gagal: Syabu RM15 Juta ditinggal dalam Triton Di LPT1
April 17, 2025, 5:11 pm
“Mahu bersihkan nama” – Nasib Syed Saddiq di ambang penentuan 24 April ini
April 17, 2025, 4:52 pm
DBKL diberi 4 bulan laksana pemutihan peniaga 'rambo' di KL
April 17, 2025, 4:28 pm
NGO tiada kuasa, wakil rakyat perlu ambil tanggungjawab tangani isu kuil - Sivakumar
April 17, 2025, 3:35 pm
Kelantan kekal tertinggi kes dadah, Pendang catat daerah paling 'panas'
April 17, 2025, 3:14 pm