Berita Berita
Lelaki dipenjara 30 tahun, 36 sebatan rogol anak tiri berusia 13 tahun hingga hamil

PASIR MAS 9 April - Seorang lelaki dihukum penjara 30 tahun dan 36 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol anak tiri bawah umur antara Jun 2021 hingga Mac lalu.
Buruh berusia 35 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Zulkipli Abdullah.
Dalam laporan Berita Harian, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 tahun dan 12 sebatan untuk setiap pertuduhan, dengan keseluruhan 30 tahun penjara bermula tarikh ditangkap pada 29 Mac lalu berserta 36 sebatan.
Bagaimanapun, bilangan sebatan maksimum ialah 24 kali manakala hakim mengarahkan semua hukuman berjalan berasingan.
Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun (ketika pertuduhan pertama), iaitu hubungan kedua-duanya tidak dibenar mengikut undang-undang untuk berkahwin.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah di Kuala Balah, Jeli antara Jun 2021, Oktober 2024 dan Mac 2025.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 16, Seksyen 26 dan Seksyen 27 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.
Seksyen 376 (3) KK memperuntukkan penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.
Sabitan Seksyen 16 AKSTKK 2017 boleh membawa kepada pemenjaraan sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan manakala Seksyen 26 AKSTKK 2017 pula perintah kaunseling dalam tempoh penahanan.
Seksyen 27 AKSTKK 2017 adalah perintah pengawasan polis tidak kurang satu tahun sehingga tiga tahun selepas habis tempoh hukuman.
Mengikut fakta kes, perkara itu terbongkar selepas mangsa bersama ibunya ke sebuah klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan ujian kehamilan sebelum disahkan mengandung 20 minggu.
Mangsa bersama ibunya membuat laporan di Balai Polis Kuala Balah sebelum mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah.
Tertuduh ditahan jam 9.40 malam pada 29 Mac lalu dan siasatan mendapati mangsa dirogol pada Jun 2021 ketika berusia 13 tahun, penghujung Oktober dan awal November 2024 ketika berusia 16 tahun lima bulan serta Mac lalu ketika mangsa berusia 16 tahun 10 bulan.
Semua kejadian adalah tanpa kerelaan mangsa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan masih muda dan mempunyai tiga anak tiri dan seorang anak kandung, malah mendakwa ingin mengahwini mangsa.
Bagaimanapun, Siti Aiysha Na'ilah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh tidak insaf dan sebagai pengajaran serta mengambil kira hubungan dengan mangsa.
Hakim kemudian mengingatkan bahawa mangsa tidak boleh mengahwini anak tirinya.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 10:09 am
Remaja maut rempuh SUV dipandu warga emas
April 18, 2025, 9:58 am
Tun M mungkin ambil tindakan undang-undang terhadap Puad Zarkashi
April 18, 2025, 9:34 am
Budak 3 tahun lemas di kolam renang inap desa di Teluk Kumbar
April 18, 2025, 8:26 am
HTAR sesak hingga tak cukup wad, ramai sakit selepas raya
April 17, 2025, 5:26 pm
Kelapa Malaysia tembus pasaran China - MoU dimeterai sempena lawatan Xi Jinping
April 17, 2025, 5:19 pm
Taktik gagal: Syabu RM15 Juta ditinggal dalam Triton Di LPT1
April 17, 2025, 5:11 pm
“Mahu bersihkan nama” – Nasib Syed Saddiq di ambang penentuan 24 April ini
April 17, 2025, 4:52 pm
DBKL diberi 4 bulan laksana pemutihan peniaga 'rambo' di KL
April 17, 2025, 4:28 pm
NGO tiada kuasa, wakil rakyat perlu ambil tanggungjawab tangani isu kuil - Sivakumar
April 17, 2025, 3:35 pm