Berita Berita
Lebih 61,000 notis dikeluarkan sepanjang Operasi Khas Aidilfitri 2025 - JPJ

KUALA LUMPUR, 9 April – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 61,317 notis atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025, yang berlangsung dari 24 Mac hingga tengah malam tadi.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata operasi berskala besar itu melibatkan pemeriksaan ke atas 287,802 kenderaan di 353 lokasi panas (hotspot) di seluruh negara, dengan 511 kenderaan disita sepanjang tempoh tersebut.
“Notis kesalahan dikeluarkan mengikut peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” katanya pada sidang media penutup operasi di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), arah Shah Alam malam tadi.
Tambah beliau, JPJ turut menerima 6,687 aduan dalam bentuk gambar dan video melalui aplikasi MyJPJ, yang kebanyakannya melibatkan tiga kesalahan utama:
-
Memotong barisan: 1,766 kes
-
Memandu di lorong kecemasan: 1,625 kes
-
Gagal mematuhi lampu isyarat merah: 843 kes
“Tindakan telah diambil terhadap kes-kes tersebut, termasuk pengeluaran Notis 114 kepada pemilik kenderaan,” katanya.
JPJ juga menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap kenderaan pengangkutan awam, melibatkan 12,732 bas di 54 depoh dan 28 terminal utama.
Sebanyak 1,294 notis dikeluarkan, dengan 366 daripadanya hasil penguatkuasaan penyamaran oleh anggota JPJ dalam bas ekspres.
“Melalui kaedah penyamaran ini, kita mengesan pelbagai kesalahan seperti pemandu menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tiada pemandu kedua bagi perjalanan lebih empat jam, serta penggunaan lorong kanan secara berterusan,” ujarnya.
JPJ turut menguatkuasakan Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan (Road Ban) selama empat hari iaitu pada 29 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April, membabitkan penahanan 124 kenderaan dan pengeluaran 163 notis, di bawah Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Semua kenderaan ini tidak dibenarkan berada di atas jalan sehingga tamat tempoh larangan selama 48 jam,” tambahnya.
Operasi khas ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya sempena musim perayaan serta mendidik pemandu agar lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 10:09 am
Remaja maut rempuh SUV dipandu warga emas
April 18, 2025, 9:58 am
Tun M mungkin ambil tindakan undang-undang terhadap Puad Zarkashi
April 18, 2025, 9:34 am
Budak 3 tahun lemas di kolam renang inap desa di Teluk Kumbar
April 18, 2025, 8:26 am
HTAR sesak hingga tak cukup wad, ramai sakit selepas raya
April 17, 2025, 5:26 pm
Kelapa Malaysia tembus pasaran China - MoU dimeterai sempena lawatan Xi Jinping
April 17, 2025, 5:19 pm
Taktik gagal: Syabu RM15 Juta ditinggal dalam Triton Di LPT1
April 17, 2025, 5:11 pm
“Mahu bersihkan nama” – Nasib Syed Saddiq di ambang penentuan 24 April ini
April 17, 2025, 4:52 pm
DBKL diberi 4 bulan laksana pemutihan peniaga 'rambo' di KL
April 17, 2025, 4:28 pm
NGO tiada kuasa, wakil rakyat perlu ambil tanggungjawab tangani isu kuil - Sivakumar
April 17, 2025, 3:35 pm