Berita Berita
Anak kakitangan swasta ditahan dipercayai terbabit kes liwat pelajar 14 tahun

KUALA LUMPUR 9 April - Polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun yang juga anak kakitangan pusat pendidikan swasta di Ampang bagi membantu siasatan kes liwat seorang pelajar di situ tahun lalu.
Kejadian terbongkar selepas rakan mangsa yang mengetahui perkara itu menceritakan kepada ibunya sebelum wanita terbabit memaklumkan kepada bapa mangsa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 39 tahun pada Ahad lalu.
Menurutnya, pengadu memaklumkan kejadian berlaku pada April tahun lalu dan mendakwa anaknya yang ketika itu berusia 14 tahun, diliwat oleh anak seorang kakitangan pusat pendidikan swasta dalam bilik air.
"Sebelum itu pada hari yang sama ketika berada di dalam bilik asrama, suspek didakwa memeluk mangsa dan mengambil tangan kiri mangsa lalu masukkan ke dalam seluar suspek untuk melakukan perkara tidak senonoh.
"Akibat kejadian terbabit, mangsa kini mengalami trauma," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Siti Kamsiah berkata, mangsa hanya menceritakan kejadian terbabit kepada rakannya dan tidak menceritakan kejadian itu kepada bapanya kerana takut dimarahi.
"Susulan itu, polis menahan suspek berusia 18 tahun bagi membantu siasatan," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm
Pelajar KV Port Dickson maut, lima cedera dalam kemalangan motosikal
April 18, 2025, 12:11 pm
12,787 pengarah syarikat disekat ke luar negara akibat gagal bayar caruman pekerja - KWSP
April 18, 2025, 11:58 am