Berita Berita
'Bukan tutup mata, tapi kehadiran warga asing tanpa permit bawah bidang kuasa imigresen' - Datuk Bandar KL

KUALA LUMPUR 9 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempergiat usaha membanteras kegiatan peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di ibu kota menerusi program bersepadu KL Strike Force.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, berkata DBKL komited melaksanakan tindakan berterusan dalam menangani isu ini, dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kita tidak pernah berdiam diri. Setiap operasi dilaksanakan secara berkala dengan kerjasama agensi terlibat. Namun, masyarakat perlu faham bahawa penguatkuasaan terhadap warga asing tanpa permit adalah di bawah bidang kuasa imigresen,” katanya kepada media selepas merasmikan laluan pejalan kaki berbumbung dari Stesen LRT Taman Melati ke Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR-UMT), hari ini.
Menurut Maimunah, antara kawasan yang sering menjadi sasaran operasi ialah Pasar Borong Kuala Lumpur, namun operasi juga dijalankan secara taktikal di lokasi lain tanpa hebahan awal bagi mengelak maklumat bocor kepada pihak sasaran.
“Kalau kita umum awal, mereka akan lari dulu. Apa yang penting, tindakan akan tetap diteruskan,” jelasnya.
Beliau turut mengingatkan pemilik lesen perniagaan supaya tidak menyalahgunakannya, terutamanya dengan menyewakan atau menjual kepada warga asing — satu amalan yang dikenali sebagai 'Ali Baba'.
“Inilah antara punca utama kenapa peniaga asing terus berleluasa. Lesen atas nama warga tempatan, tetapi yang meniaga orang lain. Saya gesa semua peniaga tempatan untuk tidak bersubahat,” tegas beliau.
KL Strike Force dilihat sebagai platform utama dalam usaha memperketat kawalan terhadap peniaga tidak sah, sekali gus memastikan hak peniaga tempatan dan kestabilan ekonomi bandar terpelihara.
“Tindakan secara bersendirian tidak cukup. Hanya dengan kerjasama pelbagai jabatan, barulah tindakan dapat dijalankan secara menyeluruh dan berkesan,” tambahnya.
Berhubung kes penjaja belon melibatkan anggota penguat kuasa DBKL, Maimunah menjelaskan bahawa DBKL menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut sehingga siasatan selesai.
“Ini adalah selaras dengan komitmen DBKL untuk memastikan setiap siasatan dilaksanakan secara adil dan berintegriti,” katanya.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm
Pelajar KV Port Dickson maut, lima cedera dalam kemalangan motosikal
April 18, 2025, 12:11 pm
12,787 pengarah syarikat disekat ke luar negara akibat gagal bayar caruman pekerja - KWSP
April 18, 2025, 11:58 am