TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jaga-jaga, lelaki 57 tahun ditahan ugut penguat kuasa DBKL di Facebook

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 9 April: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan selepas disyaki membuat ugutan jenayah terhadap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu hantaran di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, tangkapan dilakukan susulan laporan polis berhubung satu hantaran di laman Facebook yang memaparkan tangkap layar perbualan dalam kumpulan WhatsApp.

“Perbualan itu mengandungi unsur ugutan, hasutan dan ancaman terhadap penguat kuasa DBKL yang menjalankan tugas sebagai penjawat awam dalam melaksanakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada jam 12.10 tengah malam tadi.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 dan 505(b) Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan awam, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

 

+ - reset