Berita Berita
Sempat 'pau' remaja RM1,400 dan Iphone, dua lelaki ditahan menyamar ejen polis

KUALA LUMPUR 9 April - Dua lelaki ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai memperdaya seorang remaja dengan menyamar sebagai ejen yang kononnya boleh membantu mengeluarkan motosikal yang disita polis.
Kedua-dua suspek ditahan pada Ahad, sehari selepas kejadian berlaku di luar Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, mangsa sebelum itu ditahan dalam satu operasi trafik di Jalan Tun Razak, di mana motosikalnya disita kerana kesalahan pengubahsuaian.
“Selepas insiden itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkan bantuan untuk mengeluarkan motosikal sitaan dengan mengenakan bayaran tertentu,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi JSPT hari ini.
Menurut beliau, mangsa bersetuju dan menyerahkan wang tunai sebanyak RM1,400 serta sebuah telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro Max sebagai ‘bayaran’ bagi tujuan penyelesaian saman dan pembaharuan insurans.
Namun, suspek kemudiannya melarikan diri bersama barangan tersebut.
Susulan laporan yang dibuat, pasukan JSPT berjaya menahan dua lelaki, termasuk dalang utama kes berkenaan.
“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit milik mangsa, borang sitaan PDRM, dadah jenis syabu serta sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penipuan tersebut,” katanya lagi.
Kes disiasat dan tindakan lanjut sedang dijalankan bagi membanteras kegiatan penipuan yang menyasarkan mangsa di sekitar balai polis dan kawasan operasi penguatkuasaan.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm
Pelajar KV Port Dickson maut, lima cedera dalam kemalangan motosikal
April 18, 2025, 12:11 pm
12,787 pengarah syarikat disekat ke luar negara akibat gagal bayar caruman pekerja - KWSP
April 18, 2025, 11:58 am
KPM tegas, tidak kompromi kesalahan seksual libatkan guru - Fadhlina
April 18, 2025, 11:50 am
'Tak boleh tunggu lama lagi, kerajaan negeri boleh haramkan vape dulu' - Ayob Khan
April 18, 2025, 11:46 am
Pengurus tapak didakwa cederakan lelaki guna parang di Seremban
April 18, 2025, 11:31 am