Berita Berita
DBKL serah penuh kepada polis siasat kes ‘Abang Belon’

KUALA LUMPUR 9 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil pendirian untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung isu tular membabitkan individu dikenali sebagai 'Abang Belon', memandangkan kes berkenaan kini berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya memberikan ruang sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa sebarang gangguan.
“Kes ini telah menjadi kes polis, jadi saya tidak mahu membuat apa-apa kenyataan. Sehingga siasatan selesai, kita beri ruang sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan laluan pejalan kaki bertutup yang menghubungkan Stesen LRT Taman Melati ke Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan bahawa siasatan telah selesai dan kertas siasatan lengkap telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada 2 dan 4 April lalu.
Polis kini sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak DPP bagi tindakan berikutnya.
Setakat ini, seramai 11 individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan, termasuk sembilan pegawai DBKL dan dua orang awam, termasuk pembekal belon.
Sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka berhubung kes ini, melibatkan Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam menjalankan tugas), Seksyen 506 (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian), serta Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 18, 2025, 1:00 pm
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub
April 18, 2025, 12:54 pm
Pencerobohan tanah haram musuh utama negeri - Sultan Pahang
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm
Pelajar KV Port Dickson maut, lima cedera dalam kemalangan motosikal
April 18, 2025, 12:11 pm
12,787 pengarah syarikat disekat ke luar negara akibat gagal bayar caruman pekerja - KWSP
April 18, 2025, 11:58 am
KPM tegas, tidak kompromi kesalahan seksual libatkan guru - Fadhlina
April 18, 2025, 11:50 am
'Tak boleh tunggu lama lagi, kerajaan negeri boleh haramkan vape dulu' - Ayob Khan
April 18, 2025, 11:46 am