Berita Jenayah
Lelaki ditahan, haiwan liar bernilai lebih RM90,000 dirampas di Johor Bahru

JOHOR BAHRU 9 April - Hasil risikan bersama Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor membawa kepada penahanan seorang lelaki serta rampasan pelbagai haiwan liar dalam satu operasi pada Isnin.
Operasi dijalankan menerusi serbuan ke atas dua premis di Bandar Baru Kangkar Pulai oleh pasukan risik FRU Bukit Aman bersama pegawai Perhilitan Johor.
Menurut kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM di Facebook, serbuan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan serta rampasan beberapa spesies haiwan liar yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya.
Antara haiwan yang berjaya diselamatkan termasuk burung Murai Batu, Daun Sayap Biru, Kelicap Kunyit, serta dua ekor Pelanduk.
Nilai keseluruhan haiwan yang dirampas dianggarkan berjumlah RM91,226.
“Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) Pindaan 2022,” menurut kenyataan itu lagi. - Media Telus
Berita berkaitan
April 16, 2025, 2:12 pm
Polis tahan 3 suspek kes tetak di Seremban
April 15, 2025, 3:39 pm
Remaja ditahan jual gambar lucah deepfake libatkan pelajar sekolah di Kulai
April 15, 2025, 3:07 pm
Lelaki parah ditikam parang di pusat beli-belah Seremban, disyaki ada unsur dendam
April 15, 2025, 10:03 am
Kerani rugi RM1.06 juta ditipu scam pelaburan tak wujud
April 14, 2025, 12:02 pm
Polis giat kesan saki baki suspek kes bunuh lelaki Myanmar
April 14, 2025, 10:31 am
Lelaki terlibat kes culik remaja maut ditembak polis di Klang
April 11, 2025, 11:19 am
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok miliki dadah, vape
April 9, 2025, 5:28 pm
Remaja ditahan jual gambar lucah disunting guna teknologi AI
April 9, 2025, 5:21 pm