Berita Berita
Penunggang motosikal maut dirempuh kereta masuk simpang di Kuantan

KUANTAN 9 April - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kuantan-Kemaman, malam Selasa.
Mangsa, Muhammad Sad Faiz Md Yushak, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 8.40 malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Honda Beat dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Balok.
“Sebuah kereta jenis Inokom Getz yang dipandu oleh seorang pensyarah kolej berusia 54 tahun datang dari arah bertentangan.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai membelok masuk ke simpang sebelah kanan secara tiba-tiba dan melanggar motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.
Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian. - Media Telus
Berita berkaitan
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm
Pelajar KV Port Dickson maut, lima cedera dalam kemalangan motosikal
April 18, 2025, 12:11 pm
12,787 pengarah syarikat disekat ke luar negara akibat gagal bayar caruman pekerja - KWSP
April 18, 2025, 11:58 am
KPM tegas, tidak kompromi kesalahan seksual libatkan guru - Fadhlina
April 18, 2025, 11:50 am
'Tak boleh tunggu lama lagi, kerajaan negeri boleh haramkan vape dulu' - Ayob Khan
April 18, 2025, 11:46 am
Pengurus tapak didakwa cederakan lelaki guna parang di Seremban
April 18, 2025, 11:31 am
Bidoglio mahu JDT terus perbaiki prestasi walaupun tamat liga tanpa alah
April 18, 2025, 11:26 am