TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga emas pandu van sekolah lawan arus ditahan polis

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 9 April - Seorang lelaki warga emas yang memandu van sekolah secara melawan arus dan berbahaya di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) telah ditahan polis semalam, selepas video insiden itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Anuar Abdul Rahman memaklumkan, lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditahan kira-kira jam 1 tengah hari oleh sepasukan anggota dari kereta peronda polis (MPV) yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

“Lelaki tersebut memandu melawan arus dan mendakwa telah tersalah jalan. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan atau insiden tidak diingini berlaku semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut ACP Anuar, warga emas itu yang memandu seorang diri ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit 13 saat yang menunjukkan van sekolah dipandunya bergerak secara melawan arus di BORR telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya setelah ia tular di media sosial. - Media Telus

+ - reset