Berita Berita
Kabel dipotong, perkhidmatan ERL alami gangguan – penumpang diminta cari alternatif

KUALA LUMPUR 9 April - Perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) terganggu selepas kabel sistem kereta api dipotong oleh pihak tidak bertanggungjawab, mengakibatkan semua perkhidmatan tren digantung buat sementara waktu.
Menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu, ERL memaklumkan bahawa perkhidmatan pengantara telah disediakan sebagai langkah sementara kepada para penumpang.
Antara langkah yang diambil ialah penyediaan perkhidmatan pengantara antara stesen Putrajaya & Cyberjaya dan KL Sentral, yang bermula jam 6 pagi dengan kekerapan setiap 20 minit.
Selain itu, perkhidmatan pengantara turut disediakan dari stesen Salak Tinggi ke Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bermula jam 6.20 pagi dengan selang masa yang sama.
“Penumpang dinasihatkan agar merancang perjalanan dan mencari pengangkutan alternatif. Kerosakan ini memberi kesan kepada kedua-dua perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit,” jelas kenyataan itu.
Menurut ERL, vandalisme melibatkan pemotongan kabel dilaporkan berlaku sekali lagi pagi ini dan pihak mereka kini masih giat membaiki sistem isyarat yang terjejas.
Semalam, ERL turut mengesahkan insiden serupa apabila kabel pada lokasi KM48.5, antara stesen Salak Tinggi dan Terminal 1 KLIA, dipotong sekitar jam 6.20 pagi.
Akibat kejadian itu, perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit digabungkan sementara dan hanya disambung semula sekitar jam 9.48 pagi dari Terminal 2 KLIA dan 10 pagi dari KL Sentral. - Media Telus
Berita berkaitan
April 17, 2025, 5:26 pm
Kelapa Malaysia tembus pasaran China - MoU dimeterai sempena lawatan Xi Jinping
April 17, 2025, 5:19 pm
Taktik gagal: Syabu RM15 Juta ditinggal dalam Triton Di LPT1
April 17, 2025, 5:11 pm
“Mahu bersihkan nama” – Nasib Syed Saddiq di ambang penentuan 24 April ini
April 17, 2025, 4:52 pm
DBKL diberi 4 bulan laksana pemutihan peniaga 'rambo' di KL
April 17, 2025, 4:28 pm
NGO tiada kuasa, wakil rakyat perlu ambil tanggungjawab tangani isu kuil - Sivakumar
April 17, 2025, 3:35 pm
Kelantan kekal tertinggi kes dadah, Pendang catat daerah paling 'panas'
April 17, 2025, 3:14 pm
40 laporan polis diterima berhubung isu Jalur Gemilang disiar tidak lengkap
April 17, 2025, 2:06 pm
Lelaki cedera parah, tangan tersepit dalam mesin pengisar daging
April 17, 2025, 1:58 pm
Gempa bumi sederhana landa Selatan Bali, tiada ancaman Tsunami – MetMalaysia
April 17, 2025, 1:51 pm