Berita Berita
Koperal polis cedera parah tertembak diri sendiri, polis siasat dari pelbagai sudut

GEORGE TOWN 9 April - Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata mangsa kini dirawat di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 bagi menyiasat kejadian ini dari pelbagai sudut.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Satu Das Tembakan Dilepaskan
Menurut Hamzah, anggota terbabit yang bertugas di Cawangan Kem Komandan melepaskan satu das tembakan menggunakan senjata api miliknya.
Kejadian berlaku sekitar jam 6.12 petang ketika mangsa, berusia 58 tahun, masih berada di pos pengawal walaupun waktu bertugasnya dikatakan berakhir pada jam 4 petang.
Sebelum kejadian, mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya selepas habis bertugas, menyebabkan rakan setugas mencarinya sebelum kejadian itu disedari. - Media Telus
Berita berkaitan
April 17, 2025, 5:26 pm
Kelapa Malaysia tembus pasaran China - MoU dimeterai sempena lawatan Xi Jinping
April 17, 2025, 5:19 pm
Taktik gagal: Syabu RM15 Juta ditinggal dalam Triton Di LPT1
April 17, 2025, 5:11 pm
“Mahu bersihkan nama” – Nasib Syed Saddiq di ambang penentuan 24 April ini
April 17, 2025, 4:52 pm
DBKL diberi 4 bulan laksana pemutihan peniaga 'rambo' di KL
April 17, 2025, 4:28 pm
NGO tiada kuasa, wakil rakyat perlu ambil tanggungjawab tangani isu kuil - Sivakumar
April 17, 2025, 3:35 pm
Kelantan kekal tertinggi kes dadah, Pendang catat daerah paling 'panas'
April 17, 2025, 3:14 pm
40 laporan polis diterima berhubung isu Jalur Gemilang disiar tidak lengkap
April 17, 2025, 2:06 pm
Lelaki cedera parah, tangan tersepit dalam mesin pengisar daging
April 17, 2025, 1:58 pm
Gempa bumi sederhana landa Selatan Bali, tiada ancaman Tsunami – MetMalaysia
April 17, 2025, 1:51 pm