TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis parah disyaki tertembak kepala sendiri IPK Pulau Pinang

By
|
Kongsi
image

 

 

GEORGETOWN 9 April - Seorang anggota polis dilaporkan cedera parah selepas dipercayai tertembak dirinya sendiri dalam satu insiden di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, petang semalam.

Menurut maklumat awal, kejadian berlaku sekitar jam 6.10 petang melibatkan seorang koperal lelaki berusia 58 tahun yang mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas dipercayai menembak dirinya menggunakan pistol jenis P99.

Difahamkan, anggota terbabit bertugas sebagai penyelia di pos pengawal bermula jam 8 pagi hingga 4 petang, namun dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas tamat syif tugasnya.

Insiden itu turut menyebabkan satu das tembakan menembusi cermin pejabat pos pengawal berkenaan.

Mangsa segera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan.

“(Kejadian) ada, masih dalam siasatan awal dan dalam proses (beri kenyataan),” katanya ringkas.

+ - reset