TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Amaran angin kencang, laut bergelora di Phuket, Selat Melaka Utara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 April - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara yang berkuat kuasa dari 11 hingga 12 April ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka melanda kedua-dua kawasan perairan tersebut dalam tempoh berkenaan. Keadaan ini dijangka berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut, dan sukan laut.

Selain itu, MetMalaysia turut memaklumkan bahawa angin barat laut yang kuat dijangka bertiup di utara Semenanjung dari 10 hingga 13 April, dengan potensi untuk menyebabkan ribut petir disertai hujan lebat dalam tempoh tersebut.

Orang awam diingatkan untuk sentiasa merujuk kepada laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu, serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. - Media Telus

+ - reset