Berita Berita
Bekalan elektrik, internet di Putra Heights dijangka pulih Jumaat ini

SUBANG JAYA 8 April - Bekalan elektrik dan perkhidmatan internet di kawasan kediaman yang terjejas akibat insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights dijangka pulih sepenuhnya menjelang Jumaat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, kerja-kerja penyelarasan sedang giat dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) bagi memastikan semua perkhidmatan kembali berfungsi.
Menurut beliau, TNB sedang memulihkan bekalan elektrik ke semua kediaman yang selamat diduduki termasuk di kawasan kampung. Namun begitu, suis utama kediaman tidak akan diaktifkan sehingga pemilik rumah kembali untuk melakukan pemeriksaan keselamatan.
“Masih terdapat sedikit kediaman yang belum menerima semula bekalan elektrik kerana pemilik belum pulang untuk membuat pemeriksaan,” katanya dalam sidang media di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Putra Heights, hari ini.
Izham turut memaklumkan bahawa TM menjangka perkhidmatan internet Unifi akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya Jumaat ini.
Insiden kebakaran paip gas sepanjang 500 meter itu berlaku pada hari kedua Aidilfitri sekitar jam 8 pagi, menyebabkan api marak tinggi dan dapat dilihat dari beberapa kilometer. Kejadian tersebut turut mengakibatkan kemusnahan harta benda dan perpindahan sementara penduduk ke pusat pemindahan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm
Pelajar KV Port Dickson maut, lima cedera dalam kemalangan motosikal
April 18, 2025, 12:11 pm
12,787 pengarah syarikat disekat ke luar negara akibat gagal bayar caruman pekerja - KWSP
April 18, 2025, 11:58 am
KPM tegas, tidak kompromi kesalahan seksual libatkan guru - Fadhlina
April 18, 2025, 11:50 am
'Tak boleh tunggu lama lagi, kerajaan negeri boleh haramkan vape dulu' - Ayob Khan
April 18, 2025, 11:46 am
Pengurus tapak didakwa cederakan lelaki guna parang di Seremban
April 18, 2025, 11:31 am
Bidoglio mahu JDT terus perbaiki prestasi walaupun tamat liga tanpa alah
April 18, 2025, 11:26 am
KJ menang saman RM2.5 juta kes vaksin Covid-19
April 18, 2025, 11:20 am