Berita Berita
Tujuh pelajar MRSM terbabit buli disyor ditamatkan pengajian - Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 8 April – Tujuh pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan ditamatkan pengajian selepas didapati terlibat dalam kes buli fizikal, termasuk bersubahat dalam insiden tersebut.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan keputusan itu dibuat susulan siasatan oleh Jawatankuasa Disiplin MRSM yang telah mengenal pasti tahap penglibatan pelajar terbabit.
"Keputusan Jawatankuasa Disiplin Maktab mendapati dua pelajar terlibat secara langsung dalam perlakuan buli fizikal, manakala lima lagi bersubahat. Semua mereka disyorkan untuk ditamatkan pengajian dari MRSM," katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Kes tersebut mencetuskan perhatian umum selepas sebuah video berdurasi 1 minit 31 saat tular di media sosial, menunjukkan seorang pelajar lelaki dalam keadaan tertiarap di atas katil, diperlakukan secara kasar oleh sekumpulan pelajar lain.
Antara perlakuan dalam video tersebut termasuk tindakan menindih mangsa serta menyebat punggungnya dengan tali pinggang.
Walaupun pada awalnya tidak jelas sama ada insiden itu merupakan gurauan atau perbuatan buli sebenar, pihak MARA telah menjalankan siasatan menyeluruh selepas menerima aduan berkenaan.
Asyraf Wajdi sebelum ini menegaskan bahawa MARA memandang serius sebarang bentuk buli di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat.
"Kita mahu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga berakhlak dan berperibadi mulia. Justeru, tindakan tegas perlu diambil agar ia menjadi pengajaran kepada semua," katanya.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm
Pelajar KV Port Dickson maut, lima cedera dalam kemalangan motosikal
April 18, 2025, 12:11 pm
12,787 pengarah syarikat disekat ke luar negara akibat gagal bayar caruman pekerja - KWSP
April 18, 2025, 11:58 am
KPM tegas, tidak kompromi kesalahan seksual libatkan guru - Fadhlina
April 18, 2025, 11:50 am
'Tak boleh tunggu lama lagi, kerajaan negeri boleh haramkan vape dulu' - Ayob Khan
April 18, 2025, 11:46 am
Pengurus tapak didakwa cederakan lelaki guna parang di Seremban
April 18, 2025, 11:31 am
Bidoglio mahu JDT terus perbaiki prestasi walaupun tamat liga tanpa alah
April 18, 2025, 11:26 am