Berita Berita
Polis tahan 9 lelaki terbabit rusuhan guna pedang samurai di Ipoh

IPOH 8 April - Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan senjata di Jelapang dekat Meru Raya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kesemua suspek warga tempatan berusia 19 hingga 41 tahun itu ditahan di lokasi berasingan sekitar jam 6.45 pagi semalam selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 36 tahun mendakwa diserang sekumpulan lelaki bersenjata.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan jenis BMW E90 3 Series dan sebatang kayu golf ketika serbuan itu.
"Hasil siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan motosikal yang telah dirampas dalam kegiatan lumba haram.
"Enam individu mengalami kecederaan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. Senjata disyaki digunakan ketika kejadian ialah kayu besbol, parang, pedang samurai, topi keledar dan pisau panjang," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Abang Zainal Abidin berkata, dua daripada sembilan suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah, manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati empat suspek positif dadah.
Susulan itu, beliau berkata, empat suspek direman tiga hari hingga esok, manakala lima lagi direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan merusuh dengan menggunakan senjata.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta tampil memberi keterangan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Al Hakim melalui talian 011-11256246 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut," katanya.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 12:41 pm
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi
April 18, 2025, 12:36 pm
Polis buru pemilik akaun sosial hina agama, ajak bom masjid
April 18, 2025, 12:28 pm
Lelaki OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam di Machang
April 18, 2025, 12:22 pm
Pelajar KV Port Dickson maut, lima cedera dalam kemalangan motosikal
April 18, 2025, 12:11 pm
12,787 pengarah syarikat disekat ke luar negara akibat gagal bayar caruman pekerja - KWSP
April 18, 2025, 11:58 am
KPM tegas, tidak kompromi kesalahan seksual libatkan guru - Fadhlina
April 18, 2025, 11:50 am
'Tak boleh tunggu lama lagi, kerajaan negeri boleh haramkan vape dulu' - Ayob Khan
April 18, 2025, 11:46 am
Pengurus tapak didakwa cederakan lelaki guna parang di Seremban
April 18, 2025, 11:31 am
Bidoglio mahu JDT terus perbaiki prestasi walaupun tamat liga tanpa alah
April 18, 2025, 11:26 am