Berita Berita
Polis cari lelaki tampar pemuda warga India di Pusat Penjagaan Haiwan

KULAI 7 April - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai menampar seorang pemuda warga India di sebuah pusat penjagaan haiwan di Bandar Indahpura, Kulai, Johor.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya telah mengesan video insiden berkenaan yang tular di media sosial X, dan satu laporan polis telah pun diterima daripada seorang pegawai kanan.
“Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis kini giat mengesan saksi serta suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan undang-undang, serta menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 9, 2025, 5:37 pm
Perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi
April 9, 2025, 5:32 pm
Harga RON97, diesel turun lima sen, RON95 kekal
April 9, 2025, 3:34 pm
Murid sering lewat ke sekolah bongkar ibu kandung gigit, cucuk dengan gunting hingga cedera
April 9, 2025, 3:05 pm
Lelaki dipenjara 30 tahun, 36 sebatan rogol anak tiri berusia 13 tahun hingga hamil
April 9, 2025, 2:44 pm
Ditegur Ahmad Zahid jangan bergaduh lagi menjelang PRK Ayer Kuning, ini respon Dr Akmal
April 9, 2025, 2:22 pm
Kelantan cecah 4,591 kes HFMD, meningkat 10 kali ganda sejak tahun lalu
April 9, 2025, 12:40 pm