Berita Berita
Mangsa letupan paip gas Putra Heights terima bantuan sehingga RM10,000

SHAH ALAM 7 April - Pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights akan menerima bantuan tunai berjumlah RM10,000 daripada kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan tersebut terdiri daripada RM5,000 sumbangan Petronas yang dikawal selia kerajaan negeri, dan RM5,000 lagi daripada kerajaan Persekutuan.
“Bagi rumah yang terjejas sebahagian dan penyewa pula, mereka akan menerima RM2,500 daripada Petronas dan RM2,500 daripada kerajaan Persekutuan, menjadikan jumlah keseluruhan RM5,000,” katanya dalam sidang media di Wisma Dewan Annexe, hari ini.
Tambah beliau, sesi pertama penyampaian bantuan telah dimulakan hari ini dengan 219 pemilik rumah disahkan layak menerima bantuan. Pihak jawatankuasa bencana akan memanggil setiap penerima secara individu, dan proses penyampaian akan diteruskan dalam beberapa hari akan datang.
“Penyerahan sumbangan dijangka selesai menjelang Jumaat selepas pengesahan kehadiran mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan semakan terhadap mereka yang benar-benar terkesan,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor telah selesai menjalankan pemeriksaan terhadap 437 rumah yang dikenal pasti dalam kawasan terjejas.
Amirudin memaklumkan rumah-rumah tersebut dikategorikan kepada tiga tahap kerosakan:
- Musnah sepenuhnya: 81 rumah dengan kebakaran melebihi 40 peratus struktur.
- Separa musnah: 81 rumah mengalami kebakaran kurang daripada 40 peratus struktur.
- Terkesan tanpa kebakaran struktur: 57 rumah.
Manakala 218 rumah lagi didapati tidak mengalami sebarang kerosakan.
Zon pemeriksaan juga telah diperluaskan daripada radius 290 meter kepada 325 meter persegi bagi memastikan keselamatan kawasan sekitar. Setakat ini, sebanyak 151 rumah telah disahkan selamat dan pemilik dibenarkan pulang, walaupun mungkin perlu melakukan pembaikan kecil.
Menurut beliau lagi, mesyuarat jawatankuasa hari ini memuktamadkan jumlah mangsa yang terjejas sebanyak 613 isi rumah*, termasuk mereka yang menyewa bilik dalam 437 rumah yang diperiksa.
Berita berkaitan
April 9, 2025, 5:37 pm
Perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi
April 9, 2025, 5:32 pm
Harga RON97, diesel turun lima sen, RON95 kekal
April 9, 2025, 3:34 pm
Murid sering lewat ke sekolah bongkar ibu kandung gigit, cucuk dengan gunting hingga cedera
April 9, 2025, 3:05 pm
Lelaki dipenjara 30 tahun, 36 sebatan rogol anak tiri berusia 13 tahun hingga hamil
April 9, 2025, 2:44 pm
Ditegur Ahmad Zahid jangan bergaduh lagi menjelang PRK Ayer Kuning, ini respon Dr Akmal
April 9, 2025, 2:22 pm
Kelantan cecah 4,591 kes HFMD, meningkat 10 kali ganda sejak tahun lalu
April 9, 2025, 12:40 pm