Berita Berita
Anggota tentera tak mengaku tumbuk wanita

SEREMBAN 7 April - Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang wanita dalam satu kejadian hujung bulan lalu.
Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Berdasarkan pertuduhan, Abdul Hafiz didakwa dengan sengaja menumbuk kepala seorang wanita berusia 28 tahun di Taman Satria, Senawang, kira-kira jam 10.20 malam pada 29 Mac lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal, mencadangkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin serta memohon tarikh sebutan semula kes.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chrysandy Lai, yang mewakili tertuduh, memohon jaminan direndahkan dengan mengambil kira tanggungan anak guamnya yang mempunyai dua anak kecil, ibu bapa serta isteri.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 19 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula bagi serahan dokumen dan laporan perubatan penuh.
Sebelum ini, tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita yang memandu kereta ditumbuk seorang lelaki di kawasan Taipan Senawang.
Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas lelaki berkenaan mendakwa wanita terbabit melanggar anaknya yang sedang melintas jalan.
Susulan kejadian itu, tangkapan ke atas suspek dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
April 9, 2025, 5:37 pm
Perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi
April 9, 2025, 5:32 pm
Harga RON97, diesel turun lima sen, RON95 kekal
April 9, 2025, 3:34 pm
Murid sering lewat ke sekolah bongkar ibu kandung gigit, cucuk dengan gunting hingga cedera
April 9, 2025, 3:05 pm
Lelaki dipenjara 30 tahun, 36 sebatan rogol anak tiri berusia 13 tahun hingga hamil
April 9, 2025, 2:44 pm
Ditegur Ahmad Zahid jangan bergaduh lagi menjelang PRK Ayer Kuning, ini respon Dr Akmal
April 9, 2025, 2:22 pm
Kelantan cecah 4,591 kes HFMD, meningkat 10 kali ganda sejak tahun lalu
April 9, 2025, 12:40 pm