TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jangan polemikkan isu lelaki solat dalam kuil - Zulkifi

By
|
Kongsi
image

SUBANG JAYA 7 April - Semua pihak dinasihatkan agar tidak mempolemikkan isu tular melibatkan seorang lelaki Islam yang menunaikan solat di rumah ibadat bukan Islam susulan insiden letupan dan kebakaran di Putra Heights baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, dalam situasi bencana, umat Islam perlu mendapatkan panduan daripada pihak berkuasa agama mengenai pengurusan ibadah.

“Saya mohon kepada semua rakyat agar melihat perkara ini dari sudut bencana, bukan terburu-buru membuat keputusan atau menjatuhkan hukum yang boleh menimbulkan kegusaran, terutama berkaitan akidah,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, pada Isnin.

Beliau menegaskan bahawa dalam keadaan darurat atau kecemasan, terdapat panduan khusus yang boleh dirujuk, dan nasihat rasmi telah pun dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar seorang lelaki Islam menunaikan solat di dalam Kuil Sri Maha Kaliamman, Putra Heights. Insiden itu berlaku susulan letupan gas di kawasan tersebut yang menyebabkan ratusan mangsa terpaksa dipindahkan ke beberapa PPS.

Menurut Ketua Kuil, Murugeswaran, pihaknya bersedia membantu mangsa terjejas dengan membuka kawasan kuil sebagai tempat perlindungan sementara. Mereka turut menyediakan kemudahan asas termasuk tandas, ruang solat khas untuk penganut Islam, dan kawasan meletak kenderaan. - Media Telus

+ - reset