TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis cari pemandu MPV terlibat kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan

By
|
Kongsi
image

REMBAU 7 April - Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 239.2 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran laluan Ayer Keroh-Senawang pada jam 10.35 malam, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian melibatkan sebuah van jenis Renault Kangoo yang dipandu seorang wanita Melayu berusia 20 tahun bersama dua penumpang.

“Siasatan awal mendapati, van berkenaan dalam perjalanan dari Ayer Keroh ke Senawang. Ketika melalui lorong tengah, ia telah dihimpit oleh sebuah MPV dari arah belakang menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan terbabas ke lorong kiri lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, akibat kemalangan tersebut, penumpang di bahagian belakang mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Rembau.

Bagaimanapun, pemandu van dan penumpang di bahagian hadapan yang berusia 18 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor Muhammad Faris Sayyidi Osman di talian 013-3806648 bagi membantu siasatan. - Media Telus

+ - reset