TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pegawai polis direman 3 hari minta rasuah daripada keluarga mangsa rogol

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 7 April - Seorang pegawai polis direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan berjumlah RM10,000 daripada keluarga mangsa rogol.

Perintah reman terhadap pegawai berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM sebelum perintah reman dikeluarkan.

Pegawai terbabit dilaporkan ditahan oleh pasukan SPRM Kelantan di pejabatnya di Jeli, petang semalam, selepas disyaki meminta sejumlah wang daripada seorang wanita sebagai ganjaran untuk menutup kes rogol membabitkan anak perempuan wanita itu yang berlaku beberapa bulan lalu.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan tempoh reman akan berlangsung hingga Rabu.

+ - reset