Berita Berita
JPJ keluarkan gantian dokumen percuma kepada mangsa kebakaran Putra Heights

KUALA LUMPUR 7 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 163 gantian dokumen kenderaan secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, JPJ Selangor telah membuka Kaunter Bergerak JPJ Mobile di kawasan terjejas bagi memudahkan mangsa mendapatkan semula dokumen penting yang musnah atau hilang. Dokumen yang digantikan termasuk Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM), dan Lesen Vokasional seperti GDL dan PSV.
Sebanyak 114 dokumen VOC telah dikeluarkan, diikuti dengan 28 lesen memandu CDL, 17 LKM dan 4 lesen GDL. JPJ turut menerima 19 permohonan pembaharuan lesen CDL serta memberikan 58 khidmat nasihat berkaitan insurans kenderaan kepada mangsa.
Beliau menjelaskan bahawa inisiatif ini dilaksanakan bagi meringankan beban mangsa kebakaran dan mempercepatkan urusan penggantian dokumen tanpa memerlukan laporan polis. Kaunter bergerak tersebut telah beroperasi sejak Khamis lalu sehingga semalam di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights. - Media Telus
Berita berkaitan
April 9, 2025, 5:37 pm
Perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi
April 9, 2025, 5:32 pm
Harga RON97, diesel turun lima sen, RON95 kekal
April 9, 2025, 3:34 pm
Murid sering lewat ke sekolah bongkar ibu kandung gigit, cucuk dengan gunting hingga cedera
April 9, 2025, 3:05 pm
Lelaki dipenjara 30 tahun, 36 sebatan rogol anak tiri berusia 13 tahun hingga hamil
April 9, 2025, 2:44 pm
Ditegur Ahmad Zahid jangan bergaduh lagi menjelang PRK Ayer Kuning, ini respon Dr Akmal
April 9, 2025, 2:22 pm
Kelantan cecah 4,591 kes HFMD, meningkat 10 kali ganda sejak tahun lalu
April 9, 2025, 12:40 pm