TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM kesal, masih wujud salah guna kuasa, rasuah libat penjawat awam

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 7 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara terbuka menyuarakan rasa kesal berhubung masih wujudnya ketirisan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan penjawat awam di negara ini.

Beliau menegaskan bahawa isu tersebut tidak boleh dipandang ringan, malah menyeru warga perkhidmatan awam agar bersama-sama mencari pendekatan terbaik dalam memastikan pelaksanaan reformasi berjalan lancar dan mencapai matlamat yang disasarkan.

“Sebagai negara, kita perlu membina satu kesatuan dan fokus dalam semangat Malaysia Madani berteraskan kekuatan akidah, akhlak, nilai, serta kebijaksanaan fiskal dan ekonomi,” katanya semasa menyampaikan ucapan dalam Perjumpaan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan April 2025 di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI.

Anwar turut menekankan kepentingan penerapan teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan transformasi digital dalam pentadbiran awam untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing negara.

“AI untuk rakyat – inilah pendekatan kita. Sama ada ia berhasil atau tidak, semuanya bergantung kepada komitmen dan kesungguhan kita,” tambah beliau.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; serta menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri termasuk Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Datuk Mohd Na’im Mokhtar, dan Datuk Seri Azalina Othman Said. - Media Telus

+ - reset