TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Pelakon veteran, Noor Azizah meninggal dunia

By
|
Kongsi
image

IPOH 7 April - Industri perfileman tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran disegani, Datin Noor Azizah Azizul Hassan yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi pada usia 79 tahun.

Menurut sumber terdekat, Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh kira-kira jam 3 pagi. Perkara itu disahkan oleh anak beliau, Khairena, kepada wartawan hiburan veteran dan rakan rapat keluarga, Muzlina Abu Bakar.

Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, Allahyarham Noor Azizah dikenang menerusi lakonan ikoniknya dalam filem Enam Jahanam arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1969 yang melonjakkan namanya dalam arena perfileman Melayu.

Menariknya, penglibatan Allahyarham dalam industri seni bermula secara tidak sengaja ketika berkunjung ke Studio Jalan Ampas, Singapura. Kejelitaan dan karisma beliau ketika itu menarik perhatian seniman terkenal, Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud, yang kemudiannya menawarkan watak tambahan dalam filem Dayang Senandong (1965).

Bakat Noor Azizah turut menembusi pasaran antarabangsa apabila beliau menerima tawaran membintangi filem Malin Kundang (1971) di Indonesia, bergandingan bersama pelakon popular Rano Karno.

Pada tahun 1977, Allahyarham turut melebarkan sayap ke luar negara apabila membintangi drama bersiri Australia bertajuk Bailey Bird, memegang watak sebagai Dr. Susan Lim. - Media Telus

+ - reset