Berita Berita
PM selar pihak politikkan isu kuil, peniaga belon

PUTRAJAYA 7 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan segelintir pihak yang menjadikan isu kuil dan peniaga belon sebagai bahan politik untuk mencetuskan ketegangan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ada cubaan menggambarkan situasi berkaitan tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, seolah-olah mampu mencetuskan konflik besar.
“Kita terlalu mudah diheret oleh media sosial yang gemar mensensasikan isu kecil. Perkara yang boleh diselesaikan secara baik dibesar-besarkan sehingga digambarkan seolah-olah akan berlaku perang,” katanya.
Beliau turut mengingatkan agar ruang tidak diberikan kepada individu yang bersikap melulu dan gagal memikirkan kepentingan bersama.
“Sesetengah orang ini bebal dan suka menghukum. Bila tidak setuju, semua dikafirkan, dimunafikkan dan dianggap jahat,” ujarnya dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini. - Media Telus
Berita berkaitan
April 9, 2025, 5:37 pm
Perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi
April 9, 2025, 5:32 pm
Harga RON97, diesel turun lima sen, RON95 kekal
April 9, 2025, 3:34 pm
Murid sering lewat ke sekolah bongkar ibu kandung gigit, cucuk dengan gunting hingga cedera
April 9, 2025, 3:05 pm
Lelaki dipenjara 30 tahun, 36 sebatan rogol anak tiri berusia 13 tahun hingga hamil
April 9, 2025, 2:44 pm
Ditegur Ahmad Zahid jangan bergaduh lagi menjelang PRK Ayer Kuning, ini respon Dr Akmal
April 9, 2025, 2:22 pm
Kelantan cecah 4,591 kes HFMD, meningkat 10 kali ganda sejak tahun lalu
April 9, 2025, 12:40 pm