Berita Berita
Polis siasat 'influencer' politik cetus isu video nyanyian lagu Negeri Perak

KUALA LUMPUR 6 April – Polis membuka dua kertas siasatan terhadap seorang pempengaruh politik yang didakwa mencetuskan polemik berhubung nyanyian lagu kebangsaan, susulan penularan sebuah video murid sekolah menyanyikan Lagu Kebesaran Negeri Perak.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berpandukan tiga laporan polis yang diterima sejak jam 7 petang semalam.
Jelas beliau, video berdurasi 3 minit 40 saat itu dirakam pada 6 Jun tahun lalu semasa Majlis Pelancaran Kelab Tarian Naga di sebuah sekolah sekitar Teluk Intan.
Ia memaparkan sekumpulan murid menyanyikan Lagu Kebesaran Negeri Perak, bukan lagu kebangsaan Negaraku.
Kontroversi timbul apabila pempengaruh terbabit memuat naik komen mempertikaikan lagu kebangsaan dinyanyikan dalam bahasa selain Bahasa Melayu, serta merujuk Seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang melarang nyanyian Negaraku dalam bahasa lain.
Namun, polis menegaskan bahawa lagu tersebut bukan Negaraku dan tidak menolak kemungkinan pempengaruh itu akan dipanggil bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan menyebarkan video yang mengelirukan dan mendakwa lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa lain di sebuah sekolah di Perak.
Berita berkaitan
April 7, 2025, 11:56 am
Anggota tentera tak mengaku tumbuk wanita
April 7, 2025, 11:52 am
Jangan polemikkan isu lelaki solat dalam kuil - Zulkifi
April 7, 2025, 11:44 am
Polis cari pemandu MPV terlibat kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan
April 7, 2025, 11:36 am
Pegawai polis direman 3 hari minta rasuah daripada keluarga mangsa rogol
April 7, 2025, 11:26 am
Nga Kor Ming fokus selesaikan masalah mangsa letupan, enggan layan kritikan
April 7, 2025, 11:15 am
Banjir di Johor semakin buruk, mangsa terus bertambah
April 7, 2025, 11:08 am
JPJ keluarkan gantian dokumen percuma kepada mangsa kebakaran Putra Heights
April 7, 2025, 10:32 am
PM kesal, masih wujud salah guna kuasa, rasuah libat penjawat awam
April 7, 2025, 10:11 am
PM selar pihak politikkan isu kuil, peniaga belon
April 7, 2025, 10:03 am