Berita Berita
Trafik pulang ke ibu kota dijangka sesak hingga tengah malam ini

KUALA LUMPUR 6 April - Kesesakan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka berterusan hingga malam ini selepas cuti panjang Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat ini, keadaan trafik di lebuh raya itu dari arah Lanchang ke Lentang masih tinggi dan pergerakan kenderaan juga perlahan.
"Pergerakan di Lebuhraya KLK masih sama dengan trafik tinggi dan padat, namun trafik menghala ke Tol Gombak untuk ke ibu kota lancar dan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jurucakap itu turut memaklumkan buat masa ini, pergerakan trafik dari arah utara menuju ke ibu kota juga tinggi namun lancar.
"Secara keseluruhannya dari arah utara, trafik tinggi tetapi tidak sesak termasuklah di Pendang ke Sungai Petani, Permatang Pauh ke Perai, Gopeng ke Tapah dan Tanjung Malim ke Sungai Buaya," katanya.
Beliau berkata pergerakan kenderaan dari arah selatan pula seperti di Simpang Ampat ke Seremban juga terkawal meskipun trafik tinggi.
"Di Lembah Klang pula, keadaan trafik setakat ini kelihatan sudah mula lancar selepas sedikit perlahan petang semalam susulan cuaca hujan," katanya.
Berita berkaitan
April 7, 2025, 1:23 pm
Polis cari lelaki tampar pemuda warga India di Pusat Penjagaan Haiwan
April 7, 2025, 1:12 pm
Polis perketat kawalan sempena Mesyuarat Menteri Kewangan, Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-12
April 7, 2025, 1:08 pm
Mangsa letupan paip gas Putra Heights terima bantuan sehingga RM10,000
April 7, 2025, 11:56 am
Anggota tentera tak mengaku tumbuk wanita
April 7, 2025, 11:52 am
Jangan polemikkan isu lelaki solat dalam kuil - Zulkifi
April 7, 2025, 11:44 am
Polis cari pemandu MPV terlibat kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan
April 7, 2025, 11:36 am
Pegawai polis direman 3 hari minta rasuah daripada keluarga mangsa rogol
April 7, 2025, 11:26 am
Nga Kor Ming fokus selesaikan masalah mangsa letupan, enggan layan kritikan
April 7, 2025, 11:15 am
Banjir di Johor semakin buruk, mangsa terus bertambah
April 7, 2025, 11:08 am