Berita Berita
Mangsa kebakaran dakwa diganggu 'influencer', kawalan keselamatan PPS Putra Heights dipertingkat

SUBANG JAYA 4 April - Tahap kawalan keselamatan di pusat pemindahan sementara (PPS) dekat Masjid Putra Heights di sini, dipertingkat selepas mangsa dikatakan diganggu pihak luar, termasuk pempengaruh.
Difahamkan, hanya kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dibenar masuk ke PPS berkenaan, manakala pihak luar termasuk Jemaah Menteri perlu mendapatkan kebenaran untuk masuk ke premis terbabit.
Mengulas perkembangan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ketetapan itu terpaksa dibuat bagi menjaga privasi mangsa insiden letupan gas bawah tanah di Putra Heights di sini, Selasa lalu.
Keputusan itu, katanya, dibuat selepas pihaknya malam tadi, menerima aduan mangsa tidak 'selesa' dengan kehadiran pelbagai pihak di PPS berkenaan sejak premis itu mula beroperasi.
Beliau berkata, keputusan itu antara lain dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan, selain meminimumkan risiko jangkitan penyakit berjangkit sepanjang mangsa di tempatkan di PPS berkenaan.
"Kita dapat laporan sebahagian penghuni sudah 'jenuh' dan letih membuka tirai (khemah) masing-masing (kerana kehadiran ramai), jadi kita hadkan sedikit.
"Selain itu, ruangan khusus disediakan bagi waris mangsa datang menziarahi mereka, memandangkan ada segelintir datang beraya di PPS berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Digital, Gobind Singh Deo serta EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han.
Media melaporkan kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights, Selangor pada hari kedua Aidilfitri, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke PPS.
Kebakaran saluran paip gas PETRONAS sepanjang 500 meter yang bermula sekitar jam 8 pagi itu menyebabkan api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya.
Berita berkaitan
April 10, 2025, 9:14 pm
Majikan boleh gajikan lepasan siswazah guna sebahagian wang levi elak masalah peng...
April 10, 2025, 6:59 pm
SPRM panggil semula Ismail Sabri jika gagal kemuka dokumen isytihar harta dalam te...
April 10, 2025, 5:52 pm
Deposit 'cekik darah' sukarkan mangsa tragedi Putra Heights dapat rumah sewa – Sai...
April 10, 2025, 5:05 pm
Kejut tidur tak bangun, bayi 5 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
April 10, 2025, 3:44 pm
'Pak Guard' didenda RM3,000 pukul lelaki malam raya hingga cedera di Taman Sri Ker...
April 10, 2025, 3:20 pm
MCMC peruntuk RM200 juta tingkat akses internet di Institusi Pendidikan MARA
April 10, 2025, 2:51 pm
Remaja dipenjara sebulan buang bayi dalam lubang tandas
April 10, 2025, 1:51 pm
Wanita sarat hamil pengsan sebelum meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di...
April 10, 2025, 12:43 pm
Tragedi Putra Heights: 190 kediaman kembali diduduki - Polis
April 10, 2025, 12:14 pm