Berita Berita
Penagih kini 'upgrade' dari lorong ke pusat hiburan lepas gian - Polis

KUALA LUMPUR 4 April - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mendedahkan bahawa pusat hiburan di seluruh negara kini dijadikan lokasi utama bagi penagih melepaskan gian dengan mengambil dadah seperti jus, syabu, heroin, dan ganja.
Pemangku Pengarah JSJN Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, pihaknya telah mengenal pasti pusat hiburan yang digunakan sebagai tempat berkumpul bagi aktiviti tidak bermoral tersebut.
Menurut beliau, trend baharu ini menunjukkan penagih tidak lagi memilih bangunan kosong sebagai tempat untuk mengambil dadah.
"Kami mengesan perubahan ini di mana pusat hiburan kini menjadi lokasi baharu bagi penagih mendapatkan dan menggunakan dadah.
"Antara jenis dadah yang diambil termasuk jus, syabu, heroin, dan ganja," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, semalam.
Susulan itu, JSJN akan melancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras kegiatan ini.
"Kegiatan ini bukan hanya tertumpu di ibu kota, tetapi sudah merebak ke seluruh negara. Kami telah mengenal pasti beberapa pusat hiburan yang terlibat dan akan melancarkan operasi dalam masa terdekat bagi menangani isu ini," katanya.
Berita berkaitan
April 5, 2025, 1:09 pm
Polis lepaskan tembakan, 3 lelaki ditahan disyaki terbabit kes culik di Taman Cheras
April 5, 2025, 12:50 pm
Agong sumbang RM308,000 kepada mangsa letupan gas Putra Heights
April 5, 2025, 11:12 am
Letupan gas Putra Heights: Siasatan tumpu kepada unsur khianat, kecuaian
April 4, 2025, 7:13 pm
''Abang Belon' ada 13 rekod kesalahan lampau, kebanyakannya kes dadah'
April 4, 2025, 5:50 pm
Keputusan sambung kontrak Azam Baki belum dimuktamadkan - Anwar
April 4, 2025, 5:11 pm
Sah ada kerja pengorekan sebelum letupan saluran paip gas di Putra Heights - Polis
April 4, 2025, 3:17 pm
Duta baharu ke AS dapat perkenan Agong, umum dalam masa terdekat - PM
April 4, 2025, 2:42 pm