TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Letupan gas: Petronas sahkan kebakaran saluran paip

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 April - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kejadian kebakaran melibatkan saluran paip utama Petronas Gas Bhd. (PGB) berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pukul 8.10 pagi tadi.

Petronas menerusi kenyataannya, saluran paip yang terjejas telah diasingkan, manakala semua pihak berkepentingan yang berkaitan telah dimaklumkan.

“Kawasan di sekitar stesen minyak tidak terjejas. Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan keadaan.

“Kami juga akan memberikan maklumat tambahan dalam masa terdekat berikutan siasatan masih dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Petronas memaklumkan, tiga stesen minyak berhampiran tempat kejadian iaitu PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari tidak terjejas, sebaliknya ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

“Pelanggan boleh menggunakan alternatif berikut untuk mengisi minyak kenderaan mereka iaitu PS USJ 20, USJ 6 dan USJ 9,” katanya.

Media melaporkan, kebakaran di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor, pagi ini berpunca daripada kebocoran paip gas sekali gus menyebabkan kebakaran saluran sepanjang 500 meter (m).

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dipetik berkata, kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar sedang dilakukan berikutan kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam. 

+ - reset