Berita Berita
DBKL kutip hampir 9 tan sampah, kitar semula 250kg sisa dari Lorong TAR

KUALA LUMPUR 1 April - Sebanyak 8.8 tan sampah di Lorong Tuanku Abdul Rahman (Lorong TAR) di sini, dibersihkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari terakhir Bazar Aidilfitri.
Pada masa sama, DBKL turut mengitar semula 250 kilogram (kg) sisa sampah dari kawasan berkenaan.
Menurut DBKL, operasi pembersihan intensif itu dijalankan bagi memastikan kawasan itu kekal bersih selepas tamatnya aktiviti perniagaan di bazar yang menjadi tumpuan ribuan pengunjung sepanjang Ramadan.
"Operasi ini membabitkan pasukan pembersihan DBKL dengan kerjasama Alam Flora Sdn Bhd, yang bertindak pantas membersihkan kawasan sebaik saja bazar ditutup.
"Fokus utama adalah memastikan longkang, laluan pejalan kaki dan kawasan sekitarnya bebas daripada sisa sampah dan kekotoran.
"Sebanyak 250 g sampah dikitar semula, terdiri daripada plastik, kertas dan aluminium yang dipungut dan dihantar ke pusat kitar semula untuk diproses," kata DBKL dalam kenyataan, hari ini.
DBKL menegaskan, amalan menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama dan menggalakkan semua pihak, termasuk peniaga dan pengunjung untuk mengamalkan konsep "Sifar Sisa" bagi mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar.
"Usaha ini mencerminkan komitmen DBKL dalam memastikan Kuala Lumpur kekal bersih, indah dan selesa untuk semua, terutama di lokasi tumpuan seperti Lorong TAR yang menjadi mercu tanda utama semasa musim perayaan," katanya.
Berita berkaitan
April 10, 2025, 8:41 am
Juruterbang agresif, tahap alkohol tinggi punca nahas pesawat Blackshape Gabriél di Kapar
April 10, 2025, 8:26 am
3.5 juta penduduk Sabah dapat perlindungan insurans percuma bermula Mei ini
April 9, 2025, 5:37 pm
Perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi
April 9, 2025, 5:32 pm
Harga RON97, diesel turun lima sen, RON95 kekal
April 9, 2025, 3:34 pm
Murid sering lewat ke sekolah bongkar ibu kandung gigit, cucuk dengan gunting hingga cedera
April 9, 2025, 3:05 pm
Lelaki dipenjara 30 tahun, 36 sebatan rogol anak tiri berusia 13 tahun hingga hamil
April 9, 2025, 2:44 pm
Ditegur Ahmad Zahid jangan bergaduh lagi menjelang PRK Ayer Kuning, ini respon Dr Akmal
April 9, 2025, 2:22 pm