Berita Hiburan
PM beri sumbangan kepada Ebby Yus
![image](https://imgs.mediatelus.com/kapsyen-adbc2.png)
KUALA LUMPUR 9 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
Hantaran di media sosial Anwar pada Khamis memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi semalam ketika menziarahi Ebby yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik, sekali gus menghadkan penglibatannya dalam dunia seni.
"Mendoakan agar beliau terus kuat dan dikurniakan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” kata Anwar dalam hantaran itu.
Disember lepas Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, dilaporkan telah menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung susulan menghadapi masalah lemah jantung. - Bernama
#ANWARIBRAHIM #PERDANAMENTERI #EBBYYUS
Berita berkaitan
June 24, 2024, 4:50 pm
Lantang bersuara isu Palestin, Fida Ibrahim anggap itu satu tanggunjawab
June 21, 2024, 4:39 pm
Cef Wan reda bayar RM150,00 kepada bekas menantu, letih hadap drama keluarga
May 23, 2024, 10:24 am
Panas melampau, Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
May 15, 2024, 9:59 am
Ning Baizura dikecam sebab tanya 'siapa Rafah?'
April 29, 2024, 6:43 pm
'Perceraian jalan terakhir' - Nora Danish akui rumah tangga bergolak
April 29, 2024, 5:07 pm
Filem Sheriff kutip RM35.5 juta, tertinggi bagi tahun ini
April 25, 2024, 3:35 pm
Rezeki jadi viral di TikTok, Hazrat Muaz tak sangka kini bergelar pelakon
April 24, 2024, 10:21 am