Berita Politik
Utamakan cadangan DAP belakangi ketetapan Allah - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR 19 Mac – Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengkritik pihak yang menyambut baik cadangan DAP untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun, dengan menyifatkan mereka sebagai jahil atau tidak peduli terhadap kepimpinan Islam.
Tanpa menamakan mana-mana pihak secara khusus, Ahli Parlimen Marang itu menegaskan bahawa fokus utama sepatutnya adalah memastikan kepimpinan negara selaras dengan ketetapan Islam.
“Mereka seolah-olah lupa atau tidak peduli terhadap dasar yang lebih penting, iaitu mencapai wawasan dunia dan akhirat yang kekal mengikut ketetapan Allah, yang mewajibkan Islam memimpin negara,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Menurut Hadi, kepimpinan negara bukan sekadar soal membahagikan jawatan dalam tempoh tertentu, tetapi satu amanah besar daripada Allah.
“Ia bukan semata-mata tentang memberikan jawatan kepada seseorang untuk menikmati kuasa, kemudian digilirkan kepada individu lain bagi mengambil kesempatan pula,” tambahnya.
Cadangan menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kembali menjadi topik perbincangan selepas ia dibangkitkan dalam Kongres Tahunan DAP baru-baru ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyuarakan perkara itu sebagai antara reformasi yang masih belum direalisasikan.
Namun, dalam reaksinya terhadap cadangan itu, Hadi sekali lagi melabelkan DAP sebagai parti yang menentang Islam secara terbuka.
Artikel yang ditulisnya bertajuk “Mengutamakan Cadangan DAP Membelakangi Ketetapan Allah” menggambarkan pendiriannya yang jelas terhadap perkara ini.
Selain Hadi, beberapa pemimpin PAS turut memberikan reaksi kritikal terhadap cadangan tersebut.
Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan langkah itu sebagai percubaan “minoriti” untuk menentukan hala tuju “majoriti” dengan merombak Perlembagaan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berpandangan bahawa cadangan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri boleh dibincangkan, namun dengan syarat jawatan itu hanya dikhususkan kepada orang Islam.
Berita berkaitan
April 7, 2025, 5:00 pm
Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir taruhan BN di PRK DUN Ayer Kuning
April 7, 2025, 11:20 am
Akmal Nasrullah pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru
March 28, 2025, 11:41 am
'Kalau betul sayangkan ummah, dulu tak keluar UMNO tubuh parti lain' - Tok Mat
March 24, 2025, 11:06 am
Makin sengit, Ramanan umum bertanding Naib Presiden PKR pada pemilihan Mei ini
March 17, 2025, 11:09 am
Fahmi Fadzil umum bertanding jawatan Naib Presiden PKR
March 17, 2025, 9:09 am
Gobind Pengerusi baharu DAP, Guan Eng dilantik Penasihat, Loke kekal Setiausaha Ag...
March 14, 2025, 2:03 pm
Banyak kes SPRM, Fadhli gesa kerajaan audit peruntukan Ahli Parlimen kerajaan
March 13, 2025, 12:15 pm
Pas dakwa UMNO ‘bunuh diri’ kerana bersama DAP
March 11, 2025, 3:31 pm