TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time: 08/04/2025 11:43:28 AM

Berita Jenayah

Polis ambil keterangan enam Individu kes samun hub kurier di Meru

By
|
Kongsi
image

KLANG 17 Mac – Polis mengambil keterangan daripada enam individu bagi membantu siasatan kes samun berjumlah RM46,000 di hab pengumpulan barangan sebuah syarikat kurier di Meru.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, berkata semua individu yang dirakam keterangannya merupakan kakitangan hab tersebut, berusia antara 21 hingga 30 tahun.

"Setakat ini, usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini,  media melaporkan tiga penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang bertindak nekad menyamun wang tunai sebanyak RM46,000 di premis tersebut pada Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku pada pukul 12.36 tengah hari itu menyaksikan kesemua suspek menaiki sebuah Perodua Bezza dengan nombor plat palsu sebelum melakukan samun ketika pekerja sedang mengira wang.

Pihak polis kini sedang memburu suspek bagi memastikan mereka dibawa ke muka pengadilan. 

+ - reset