Berita Sukan
RMS tanggung kos rawatan Faisal Halim
![image](https://imgs.mediatelus.com/kapsyen---2024-05-08T155524-888.jpg)
KUALA LUMPUR 8 Mei - Soal kos rawatan tidak akan menjadi masalah dalam usaha memastikan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dapat kembali pulih selepas menjadi mangsa simbahan asid.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal akan mendapat rawatan terbaik dan Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sedia membiayai kos tersebut.
"Faisal dilindungi oleh insurans. Tetapi, kita mahukan yang terbaik untuknya jadi nilainya agak tinggi.
"Tetapi Tuanku (Tengku Amir Shah) sendiri dah beri jaminan, tidak perlu risau kerana pihak istana dan Tengku Amir Shah sendiri akan menanggung kos rawatan perubatan itu," katanya selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta pada Rabu.
Sebelum itu, Shahril mengiringi Tengku Amir Shah yang juga Raja Muda Selangor yang berkenan melawat Faisal di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada Rabu.
Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya pada Ahad.
Dalam pada itu, Shahril turut berkongsi apa yang diperkatakan oleh Tengku Amir Shah ketika melawat Faisal.
"Tengku Amir Shah memberikan kata-kata semangat. Semua pihak iaitu Tengku Amir Shah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pemain dan semuanya berada di belakang Faisal.
"Faisal dengar dan menghargai doa semua dan apa yang Tuanku sampaikan tadi," ujarnya. - Sinar Harian
#BOLASEPAK #FAISALHALIM #SIMBAHASID #RMS #SELANGORFC
Berita berkaitan
July 4, 2024, 11:48 am
Bekalan selesa 5 gol, JDT tetap anggap MUFT bukan lawan mudah
July 2, 2024, 2:27 pm
MOM setuju tukar baju kontinjen Malaysia, rekaan baharu lebih 'garang'
July 2, 2024, 10:12 am
Pemain badminton remaja China meninggal akibat serangan jantung
July 1, 2024, 12:02 pm
Pemain badminton China meninggal dunia di gelanggang
June 30, 2024, 11:24 am
Menang 5-0, Bidoglio akui tak mudah lawan MUFT
June 28, 2024, 11:26 am
JDT turun kesebelasan terbaik lawan MU
June 27, 2024, 2:35 pm
Derbi utara, KDA FC sedia tewaskan Penang FC kali kedua
June 26, 2024, 4:31 pm
Selangor FC ada 4 hari lagi kemuka rayuan - MFL
June 26, 2024, 2:21 pm
Selepas Altimet, Datuk Rizam sumbang separuh gaji bayar denda Selangor FC
June 26, 2024, 10:19 am