Berita Berita
Malaysia tak berhasrat ikut langkah AS hantar PATI pulang ke negara asal

KUALA LUMPUR 12 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang mengikuti langkah Amerika Syarikat (AS) dalam melaksanakan dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin (PATI) ke negara asal sebagai pendekatan lebih tegas untuk mengatasi masalah lambakan warga asing di negara ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata KDN terus berusaha memperbaiki prosedur kawalan dan penguatkuasaan peraturan imigresen bagi mengawal kehadiran PATI.
“Antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan kementerian bersama agensi-agensinya termasuk kawalan sebelum kemasukan ke dalam negara dan penggunaan teknologi di pintu masuk negara. Selain itu, kami juga melaksanakan kawalan keberadaan PATI dalam negara serta operasi penguatkuasaan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Azahar Hassan yang ingin mengetahui sama ada kementerian bercadang mengikut langkah AS dalam menghantar pulang pendatang tanpa izin sebagai dasar lebih keras untuk mengatasi isu lambakan warga asing.
Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Azhar Ahmad mengenai jumlah PATI yang ditahan dan diusir tahun ini, Shamsul Anuar berkata, dari 1 Januari hingga 10 Mac, Jabatan Imigresen telah menjalankan 2,679 operasi penguatkuasaan yang melibatkan penahanan 9,904 PATI.
“Tangkapan ini melibatkan warga asing dari pelbagai negara dan 348 majikan atas kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen. Setakat 9 Mac lalu, jumlah pengusiran dari depoh imigresen adalah 9,199 orang,” katanya.
Berita berkaitan
March 12, 2025, 9:02 pm
Harga RON97 turun 10 sen, diesel di Semenanjung turun 7 sen
March 12, 2025, 3:48 pm
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Nicobar, India - MetMalaysia
March 12, 2025, 3:34 pm
Manfaat tanah lapang, Mat Sabu tanam bawang di kediaman rasmi menteri
March 12, 2025, 2:32 pm
Pelabur asing kini boleh tinggal di Malaysia sehingga 6 bulan - Saifuddin
March 12, 2025, 2:17 pm
Anwar minta semua henti isu perkauman, pastikan negara terus stabil
March 12, 2025, 1:21 pm
GAPEIM salur bantuan asas kepada 50 individu sempena Ramadan, Hari Raya
March 12, 2025, 12:11 pm
Polis buru dua lelaki terlibat insiden pergaduhan di Johor Bahru
March 12, 2025, 12:03 pm