TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelabur asing kini boleh tinggal di Malaysia sehingga 6 bulan - Saifuddin

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 Mac - Pelabur asing kini dibenarkan memasuki negara untuk tempoh enam bulan menerusi pas pelabur, yang bertujuan membantu mereka menguruskan urusan pelaburan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga enam bulan lagi, dan pemegang pas berkenaan juga akan diberikan kemudahan visa berbilang kemasukan (MEV).

“Dulu tiada pas khusus untuk pelabur asing. Mereka hanya diberikan Pas Lawatan Sosial dengan tempoh yang bergantung kepada kelayakan negara, iaitu antara 14 hingga 90 hari,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Saifuddin, pas pelabur yang diperkenalkan pada 1 April ini bertujuan untuk memudahkan urusan pelabur asing, terutamanya yang telah memberi komitmen untuk melabur.

Pas tersebut akan dilaksanakan melalui Xpats Gateway, dan sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh di https://xpatsgateway.com.my/.

+ - reset