Berita Berita
Anwar minta semua henti isu perkauman, pastikan negara terus stabil

KUALA LUMPUR 12 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua rakyat Malaysia untuk menamatkan isu perkauman dan bergerak ke hadapan bagi memastikan kestabilan negara berterusan.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, tindakan ini penting bagi memastikan perpaduan antara kaum di negara ini kekal kukuh dan harmoni.
Perdana Menteri juga menyampaikan penghargaan kepada pihak yang telah menghentikan sebarang usaha untuk menambah ketegangan atau konflik dalam kalangan rakyat, kata Tunku Nashrul dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan melalui Facebook hari ini.
Dalam perkembangan lain, Tunku Nashrul memaklumkan bahawa Perdana Menteri semalam telah berbuka puasa bersama pengamal media dan bertemu dengan tiga penyampai radio Era FM yang sebelum ini terlibat dalam isu mempersendakan upacara agama lain.
Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri memberikan nasihat agar mereka terus menyebarkan mesej perpaduan dalam kerja harian mereka di stesen radio berkenaan.
"Alhamdulillah, nasihat tersebut tidak hanya ditujukan kepada mereka, tetapi kepada semua pihak agar menjadi agen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan MADANI dalam menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, kaum, dan bangsa," katanya.
Terdahulu, Ketua Strategi Astro Radio, Rizal Sahimy, mengumumkan bahawa ketiga-tiga penyampai radio, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, masih direhatkan sementara menunggu siasatan dalaman selesai.
Semalam, Maestra Broadcast Network System Sdn Bhd dikenakan kompaun RM 250,000, tetapi lesen mereka tidak digantung.
Pada 4 Mac lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diperintahkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung video tular yang melibatkan tiga penyampai radio Era FM yang dilihat mempersendakan upacara agama lain.
Tunku Nashrul juga menyatakan bahawa Perdana Menteri meminta MCMC memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai perbezaan hukuman dan kompaun yang dikenakan dalam beberapa kes melibatkan isu perkauman.
Beliau menegaskan bahawa semua pihak perlu memahami perubahan dalam akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun yang dikenakan.
"Sebarang salah faham atau perkongsian maklumat yang tidak tepat hanya akan menimbulkan persepsi negatif ketika kita semua perlu terus menyemai keharmonian dan kesejahteraan masyarakat," jelas Tunku Nashrul.
Berita berkaitan
March 12, 2025, 9:02 pm
Harga RON97 turun 10 sen, diesel di Semenanjung turun 7 sen
March 12, 2025, 4:22 pm
Malaysia tak berhasrat ikut langkah AS hantar PATI pulang ke negara asal
March 12, 2025, 3:48 pm
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Nicobar, India - MetMalaysia
March 12, 2025, 3:34 pm
Manfaat tanah lapang, Mat Sabu tanam bawang di kediaman rasmi menteri
March 12, 2025, 2:32 pm
Pelabur asing kini boleh tinggal di Malaysia sehingga 6 bulan - Saifuddin
March 12, 2025, 1:21 pm
GAPEIM salur bantuan asas kepada 50 individu sempena Ramadan, Hari Raya
March 12, 2025, 12:11 pm
Polis buru dua lelaki terlibat insiden pergaduhan di Johor Bahru
March 12, 2025, 12:03 pm